Video Tular Penampakan Misteri Di Hotel Harlingen Texas, Hantu?

(Facebook/Frank Ramirez)

Ada yang aneh di dalam bilik hotel yang dihuni oleh Frank Ramirez, lelaki yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat, ini. Bukan bocor pada bumbung atau kehilangan barang-barang peribadi, melainkan kehadiran makhluk halus atau hantu yang mengganggu masa rehatnya.

Dipetik dari laman Wideopencountry.com, Khamis (3/8/2017), Hotel Harlingen tempat Ramirez menginap seketika bertukar menjadi lokasi menyeramkan.

Niat mahu menikmati malam yang tenang dan dapat tidur dengan lena, namun dia malah menghadapi secara langsung gangguan makhluk ghaib yang cuba menunjukkan kehadirannya di dalam bilik itu.

Frank Ramizer yang baru sahaja check in ke bilik hotel melihat ada sesuatu perkara aneh dalam bilik tidurnya.

Banyak barang-barang di bilik hotel yang bergerak sendiri. Seperti cawan yang semula berada di bilik mandi tiba-tiba terbang ke meja.

Sebuah gagang telefon juga diihat terlepas dari tempatnya. Bukan hanya itu, sehelai tuala yang dia letakkan semula di atas meja tiba-tiba jatuh ke lantai.

Lihat rakaman video di bawah:

Semua kejadian aneh tersebut berjaya dirakam oleh Ramirez melalui kamera telefonnya. Ia dilakukan untuk menangkap semua detik-detik berlaku yang menyeramkan itu.

Video rakaman Ramirez yang berdurasi hampir enam minit tersebut viral di media sosial. Pada masa ini saja, video tersebut sudah dilihat lebih daripada 8.3 juta orang.

Namun, ramai orang yang meragui tentang keaslian video tersebut. Walaupun begitu, tidak sedikit pula yang percaya bahawa kejadian ini adalah sesuatu yang benar-benar terjadi. Pada pendapat anda, jika dia menggunakan trik, bagaimana dia melakukannya?

Share jika bermanfaat ☺

Related Post

Korea Utara Dan AS Diambang Peperangan, Ini Yang A... Dengan pantai yang dihampar pasir putih, air laut yang jernih, langit biru, dan pohon-pohon palma yang berbaris, Guam adalah gambaran 'syurga dunia'. ...
TMJ Titah Mat Tere Dibebaskan, Dakwa Dia Hanya Man... Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir ke IPK Johor Bahru bagi menitahkan polis untuk melepaskan Mat Tere, atau nama sebenarnya Muhamm...
Pas Sokong Pihak Berkuasa Tegas Kendali Kes Kim Jo... SHAH ALAM - Pas menyatakan sokongan kepada ketegasan pihak berkuasa dan kerajaan dalam mengendalikan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam.Pr...
Fakta Mengejutkan Kekuatan Senjata Nuklear Dunia K... Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tengah memeriksa sebuah peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Hwasong-12. (KCNA / Reuters / Independent)Ancama...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*