Ini Yang Dapat Dilihat Saat Terbukanya Pintu Kaabah, Sangat Menakjubkan

Media sosial sedang dihebohkan dengan video yang menunjukkan kain penutup Kaabah dinaikkan setinggi 3 meter.

Seperti dikutip dari Al Arabiya, Khamis (9/8/2017), kain penutup Kaabah ini sengaja dinaikkan pada Selasa 8 Ogos 2017. Bahagian dinding yang tersingkap kemudian ditutup dengan kain putih.

Perkara itu sebenarnya merupakan prosedur tahunan untuk melindungi kain penutup bangunan suci itu dari dirosakkan oleh jemaah haji ketika melaksanakan ibadah haji.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kompleks Raja Abdul Aziz yang mengurusi penutup Kaabah, Mohammed Bagoudaha, mengadakan satu mesyuarat untuk membincangkan pelan operasi untuk menaikkan lapisan kain penutup Kaabah.

Memetik Bagoudaha, surat khabar Al-Riyadh melaporkan bahawa langkah itu merupakan tindakan pencegahan untuk mencegah terjadinya kerosakan kiswah. Ini kerana, ada sesetengah jemaah berhasrat menyentuh kain penutup Kaabah,.

Menurut Bagoudaha lagi, ada juga segelintir jemaah bertindak sehingga sanggup memotong beberapa bahagian kain Kaabah untuk menggunakannya sebagai cendera mata, ada juga untuk bertujuan tahyul yang sudah tentu dilarang agama.

Kain penutup akan dikembalikan pada kedudukan asalnya selepas musim haji selesai.

Sebelum ini, juga tersebar video yang mendedahkan penampakan bahagian dalam Kaabah – yang menjadi kiblat umat Islam dunia. Tertanya-tanya?

Tonton videonya:

Share jika bermanfaat ☺

Related Post

Berhenti Berkongsi Gincu, Ini Dia Bahayanya Perkara yang paling sering dilakukan oleh kebanyakan wanita adalah berkongsi atau bertukar produk kecantikan, terutamanya gincu. Kebanyakan perempuan ...
13 Foto ini Akan Membuat Anda Sedar Yang Air Lebih... Air merupakan bahan yang paling penting di dunia. Walaupun kadang-kadang tanpa sedar kita terbiasa membazirkannya, air adalah elemen utama untuk mener...
(10 Gambar) Akibat Pencemaran Alam Terhadap Haiwan... Kita manusia hidup di atas bumi Allah ini hanyalah menumpang bersama-sama haiwan dan tumbuhan yang lain.Namun, apa yang menyedihkan akibat daripada ta...
Fakta Disebalik Yakuza, Mafia Menggerunkan Dari Je... Yakuza adalah sebuah kumpulan organisasi jenayah yang terancang di Jepun. Mereka bekerja seperti mafia-mafia di negara barat, atau seperti samseng di ...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*