Penduduk Guam Dedah Kenapa Mereka Tidak Perlu Takut Peluru Berpandu Korea Utara

(Foto: AFP)

Di tepi laut yang berwarna biru di pesisir pantai Guam, Marco Martinez dengan tenang mempersiapkan peralatan memancingnya.

Lelaki berusia 27 tahun itu siap melemparkan mata kailnya sejauh matanya boleh memandang.

Martinez amat tenang walaupun di perairan itulah, hanya berjarak kurang dari 40 kilometer dari lokasi dia berdiri, Korea Utara merancang menjatuhkan empat peluru berpandu antara benuanya.

“Jika itu berlaku, maka terjadilah. Namun, saya cuba untuk tidak memikirkannya,” ujar Martinez kepada CNN.

Martinez lahir dan dibesarkan di pulau berpenghuni sekitar 16,000 nyawa itu dan sudah biasa dengan ancaman Korea Utara.

Salah satunya berlaku pada 2013, apabila Pyongyang mengatakan pulau itu termasuk dalam jarak tembak peluru berpandu antara benuanya.

Bagaimanapun, ketegangan yang terkini meletakkan Guam di tengah-tengah ancaman secara spesifik dan berpotensi.

Rancangan untuk menembak Guam, yang merupakan pangkalan tentera AS di Lautan Pasifik, sudah digembar-gemburkan Korea Utara.

Namun, tidak seorang pun tahu adakah Kim Jong Un, pemimpin tertinggi Korea Utara, akan benar-benar melancarkan serangan terhadap Guam.

Pyongyang menganggarkan peluru berpandu misilnya akan jatuh dalam jarak 12 batu nautika laut di luar wilayah perairan Guam tetapi masih berada di dalam Zon Ekonomi Eksklusif pulau itu.

Jika Guam benar-benar diserang, maka tidak banyak masa bagi warga pulau itu untuk berlindung atau melarikan diri.

Penasihat Keselamatan Guam George Charfauros pada Jumat (11/8/2017) mengatakan, peluru berpandu itu hanya memerlukan masa 14 minit untuk tiba di pulau tersebut bermula ia dilancarkan oleh Korea Utara.

Adakah fakta itu membuatkan penduduk Guam panik? Ternyata seperti Martinez penduduk lain di pulau itu tetap memberi respons kepada ancaman tersebut dengan santai.

Salah satu perkara yang membuatkan penduduk Guam tenang adalah kewujudan pangkalan tentera AS yang merangkumi hampir satu pertiga wilayah pulau tersebut.

Penduduk Guam nampaknya yakin, tentera AS dengan segala peralatannya sudah mempersiapkan diri untuk menghadapi senario yang paling buruk akan berlaku.

Walaupun demikian, bukan bererti penduduk Guam sama sekali tidak bimbang. Sekurang-kurangnya itulah yang disampaikan Jodiann Santos, kakitangan di Muzium Guam.

“Kami diminta tetap tenang kerana kami dilindungi dengan baik. Namun hakikatnya kami boleh berada di sini hari ini dan mati di esok hari,” ujar Jodiann.

Untuk menenangkan penduduk, Gabenor Guam Eddie Calvo berkata, pulau itu selamat dilindungi termasuk dengan sistem pertahanan anti-peluru berpandu thaad yang direka khusus untuk menembak jatuh peluru berpandu balistik.

“Tidak ada panik di Guam. Saya bukan ingin meremehkan situasi. Kami memahami adanya ancaman, tetapi kami juga tidak ingin menakutkan penduduk dan tidak ingin menyimpulkan sesuatu berdasarkan retorik,” ujar Salvo.

Kembali ke pantai tempat Marco Martinez memancing. Lelaki bertubuh gempal itu berkata, walaupun cuba tenang namun ancaman Korea Utara tetap terngiang di fikirannya.

“Kadang saya merasa penduduk ketakutan tetapi tidak mahu memperlihatkannya, tidak mahu menunjukkan ketakutan itu,” kata Martinez.

“Manusia memang seperti itu, mereka tidak ingin ketakutan di dalam hatinya diketahui,” lanjut Martinez.

Share jika bermanfaat ☺

Related Post

Polis Israel Tembak Imam Masjid Al-Aqsa Selepas So... Pemimpin rohani yang juga Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri, cedera pada hari Selasa terkena peluru plastik selepas solat di luar pintu u...
Insiden Umat Islam Dilanggar Selepas Tarawih: Tind... Tindakan seorang Imam mendapat pujian pengguna internet kerana melindungi suspek yang terlibat dalam serangan berhampiran Masjid Finsbury Park, London...
Penduduk Trauma Mandi Dan Minum Air Mayat Reput Da... Misteri bau busuk air di sebuah kondominium Bukit Damansara telah terjawab selepas mayat seorang lelaki ditemui terapung di dalam tangki air pada Sela...
Kes Surau Austin: Ini Penjelasan Dan Kenyataan Ter... (Foto: Sinar Harian)PETALING JAYA: Lelaki yang telah diserang di luar sebuah surau di Johor selepas membunyikan hon berterusan Jumaat lalu t...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*