Apabila memandu kenderaan, pemandu bukan sahaja perlu berjaga-jaga dengan kenderaan lain yang dipandu secara berbahaya, malah juga perlu mengawasi bahaya yang mungkin berlaku di jalan raya, seperti gajah mencari tempat yang selesa untuk duduk, serius?

Seekor gajah lelaki jantan di dalam Taman Negara Khao Yai berhampiran ibukota Thailand, Bangkok, menyebabkan bahaya kepada pelancong apabila ia naik di atas kereta sehingga memusnahkan depan dan enjin kenderaan itu.

Daily Mail telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan reaksi ganas gajah berusia 8 tahun itu. Video itu telah dirakamkan oleh penumpang di dalam kereta.

Tonton video di bawah:


Tingkah laku yang luar biasa ini dipercayai berpunca kerana musim mengawan, menyebabkan gajah jantan akan bertindak lebih agresif daripada biasa.

“Perhatikan ia adalah gajah jantan dan saya fikir ia mungkin marah pada sesuatu yang dilakukan oleh wanita kepadanya,” Scott, host program TV “Happening Now”, berkata.

Dilaporkan tiada siapa di dalam kenderaan itu yang cedera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here