Seorang lelaki hampir saja putus kepala apabila motosikal ditunggangnya melanggar kabel elektrik dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu, semalam.

Sewaktu kejadian jam 4 pagi itu, mangsa, Kamarul Helmi Mohammad, 19 sedang menghantar seorang rakannya di Kampung Pengadang Baru.

Kejadian ini dikatakan berpunca lelaki berkenaan yang mengantuk ketika perjalanan pulang.

Mengikut laporan Harian Metro, Kamarul yang tinggal di Kampung Kebor Besar, Manir memberitahu dia bersama rakannya itu baru saja pulang bersiar-siar di Kampung Wakaf Beruas dan hendak menghantar rakannya sebelum pulang ke rumah.

Katanya sewaktu kejadian, sebaik saja tiba di Kampung Kuala Bekah, dia tidak dapat menahan matanya daripada mengantuk sehingga terlelap mengakibatkan motosikal yang ditunggangnya memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar kabel elektrik yang berada di bahu kanan jalan.

“Kejadian itu terlalu pantas serta rakan tidak sempat mengejutkan saya dan kami berdua rebah selepas merempuh kabel pada tiang elektrik itu.” katanya.

Mangsa yang cedera parah kini dirawat di hospital berdekatan.

Video kemalangan motosikal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here