Untuk membuat permohonan baru atau kemaskini bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) bagi tahun 2015 bolehlah dibuat sebelum 1 Februari 2015. 

Bagi yang telah mendaftar, mereka tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya boleh terus mengemaskini maklumat peribadi seperti alamat terbaru, maklumat tentang ahli keluarga, no akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon saja) dan juga penama bagi Skim Khairat Kematian bagi kategori isi rumah dan warga emas sahaja.

Cara Membuat Permohonan Dan Mengemaskini BR1M

Proses bagi membuat permohonan baru BR1M atau untuk kemaskini maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BR1M atas talian (online) melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan melayari pautan di bawah:


Proses ini juga boleh dibuat secara manual menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1m) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan di mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau pejabat daerah.

Jika anda gagal menyerahkan borang tersebut sehingga tarikh tutupnya iaitu 31 Januai 2015 akan menyebabkan permohonan anda tidak diproses.
Cara Membuat Semakan Keputusan BR1M

BR1M akan dibayar bermula bulan Januari 2015 dan anda boleh membuat semakan keputusan BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s

Bagi yang ingin membuat semakan bolehlah terus menghubungi nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716 atau nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566. Semakan boleh dibuat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari waktu bekerja.

Selain itu semakan juga boleh dibuat dengan menghantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my dengan menyatakan nama penuh serta nombor kad pengenalan dalam email tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here