Baru-baru ini OPPO mengumumkan peranti terbarunya, Oppo Mirror 3 yang boleh didapati di Malaysia pada Ahad minggu depan dan akan dijual dengan harga RM898.

Untuk harga RM898, Mirror 3 membawa paparan sederhana 4.7″ (720P) (312ppi) dan 1.2 GHz empat teras Snapdragon 410, RAM 1GB dan muatan dalaman sebanyak 8GB dan menyokong kad Mikro SD sehingga 128GB.

Kamera utamanya ialah sebanyak 8MP dan pada bahagian belakangnya sebanyak 5MP. Apa yang membezakan peranti ini dengan peranti lain ialah pemancar infra merah dengan fungsi Smart Remote Technology 2+. Ia mungkin peranti kelas permulaan pertama yang mempunyai fungsi yang sebelum ini hanya hadir pada peranti kelas tinggi seperti HTC One M8. 

Kuasa bateri yang dibekalkannya ialah sebanyak 2,000mAh dan boleh dicaj sepenuhnya dalam masa 90 minit. Peranti ini beroperasi pada Android 4.4 KitKat dengan antaramuka Color OS 2.0.1.

Jadi, apa pendapat anda?

Secara jujurnya, dengan harga lebih kurang RM100 lebih anda boleh dapatkan Honor 6 dengan harga RM999. Dengan harga bawah RM1000, Honor 6 menawarkan paparan 5-inci HD penuh, cip pemprosesan lapan teras Kirin 920, 3GB RAM, 13MP camera dan bateri sebesar 3,100mAh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here