Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang gadis yang mendakwa dirinya telah dirogol oleh seorang pelakon lelaki dalam bilik hotel di mana berlangsungnya sesi uji bakat itu.

Gadis itu mendapat tahu tentang uji bakat tersebut apabila melihat iklan mencari bakat baru dalam bidang model, lakonan dan pengiklanan dengan bayaran gaji sehingga RM500 sehari di internet.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, pelakon lelaki yang berusia 23 tahun itu yang juga pernah berlakon dalam beberapa drama tempatan telah memeras ugut gadis itu untuk menyebarkan videonya dinodai sebelum memaksa gadis itu membayar RM1000 ke dalam sebuah akaun bank.

“Suspek mendakwa akan membayar gaji RM500 sehari sekiranya mangsa lulus sesi temuduga itu. Pelakon itu kemudian bertemu mangsa di sekitar Ampang sebelum membawa gadis itu ke sebuah hotel di Ampang Waterfront. Mangsa juga dipaksa untuk berbogel kononnya sebagai syarat wajib untuk lulus,” menurut seperti apa yang dilaporkan oleh Harian Metro.


Pelakon lelaki itu kini ditahan oleh polis Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Beliau telah direman dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here