Seorang gadis berusia 20-an dikecam oleh netizen kerana mempertahankan gadis yang dipeluk artis korea dengan berlagak seperti seorang ‘ustazah’.

Dalam rakaman video tersebut, gadis itu berkata bahawa apa yang berlaku itu adalah ketentuan Allah.

Dia juga berkata “Bukan mereka saja diuji, malah kita sebenarnya diuji juga. Mereka yang berada di atas pentas dengan keizinan Allah SWT. Boleh saja sebenarnya Allah kata Aku tidak izinkan lalu mungkin akan ada perkara menghalang mereka untuk sampai ke konsert tersebut…,” katanya dalam video berkenaan… “…di sebalik video diviralkan, ALLAH sebenarnya mahu menguji kita… yang hebat sangat menjadi keyboard warrior, yang maki, seolah-olah anda semua sangat hebat daripada anda lahir sampai sekarang. Jadi renung-renungkanlah diri sendiri apa sebenarnya hikmah dan pengajaran yang berlaku di sebalik peristiwa ini…”

Video yang dimuat naik ke YouTube itu menjadi viral dan menarik perhatian pengguna pelayar yang kebanyakannya mengecam tindakan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here