PETALING JAYA: Sebuah video yang melibatkan pekerja KFC menjadi viral di media sosial.

Video tersebut melibatkan dua orang pekerja KFC di Jalan Raja Laut menurut satu pos di facebook. Dalam pos berkenaan, dijelaskan bahawa kejadian itu berlaku antara dua adik-beradik. Naib Presiden Kanan KFC, MJ Ling berkata siasatan dalaman sedang berjalan.

Ling berkata bahawa syarikat itu telah memulakan siasatan dalaman untuk memahami punca kejadian itu.

Rakaman berdurasi 36 saat itu yang dirakam oleh pelanggan yang menunggu dalam barisan, menunjukkan pekerja wanita dulu yang memulakan pergaduhan dengan budak penghantar barang.

Keadaan semakin panas apabila seorang lagi pekerja lelaki dilihat menendang budak penghantar barang tersebut manakala seorang lagi pekerja lelaki cuba untuk menenangkan keadaan.

Video itu berakhir dengan pergaduhan itu beralih ke belakang dapur, mungkin untuk mengelakkan perhatian daripada orang ramai.

Setakat ini, video ini telah dilihat lebih 3713 kali sejak ia dimuat naik pada petang Sabtu.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here