Mohd Hafiz mengemaskini status WeChatnya sebelum terbabit dalam kemalangan


“Kalau aku kemalangan dan cedera parah, aku teringin sangat untuk lihat bagaimana reaksi orang yang aku sayang, di saat aku penuh berlumuran darah. Nak tahu siapa teringin lihat senyuman dan gelak ketawa aku.

“Entah di hospital atau kubur, jika meninggal dunia, berharap agar orang yang aku sayang datang menziarahi kubur aku dan sedekahkan al-Fatihah buat aku, tapi tolong jangan menangis depan jenazah aku kerana ketika itu aku sudah tidak berdaya untuk lapkan air mata.”

Itulah antara kata-kata terakhir mangsa, Mohd Hafiz Abu Salem, 23 pada status WeChatnya yang dikemaskini pada Khamis lalu sebelum terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya.


Jaslly Abu Salem, 33 yang merupakan abang kepada mangsa memberitahu bahawa dia tidak menyedari adiknya ada mengemaskini status WeChatnya dan hanya menyedarinya setelah diberitahu oleh rakan adiknya pada malam kemalangan itu 
 di Kampung Nelayan itu.
Menyingkap kembali kejadian, mangsa yang menunggang motosikal merempuh tiang elektrik kerana cuba mengelak sebuah kereta yang secara tiba-tiba membuat  pusingan ‘U’ lalu gagal mengawal kenderaan dalam kejadian 1.40 petang itu.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami cedera parah di kepala, badan dan kaki kanan.
Jasadnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Teluk Kumbar.

Hingga kini, abang mangsa akui masih berharap agar pemandu terbabit tampil meminta maaf kepada keluarganya berhubung kemalangan maut yang meragut nyawa adiknya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here