Seperti yang telah lama dinantikan, WhatsApp versi desktop akhirnya sudah rasmi dikeluarkan. Pengumuman hadirnya aplikasi chat versi komputer ini diumumkan terus oleh Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp Jan koum dalam sebuah posting di akaun Facebook rasminya, Rabu lalu (21/1/2015).

Bagaimana cara meng-install aplikasi tersebut di desktop (PC) dan komputer riba? Pengguna ternyata tidak perlu memuat turun dan pemasangan file khusus apa pun di PC untuk aplikasi WhatsApp versi ini.

Seperti yang telah dinyatakan oleh Koum, pengguna WhatsApp boleh terus menggunakan perkhidmatan tersebut melalui web browser atau pelayar.

Maksudnya, pengguna hanya perlu mempunyai pelayar di peranti PC. Buat masa ini, Koum meminta pengguna untuk menjalankan aplikasi tersebut melalui pelayar milik Google, iaitu Google Chrome (recommend), tetapi masih boleh dicuba menggunakan pelayar.

Buat saat ini, hanya pengguna WhatsApp di Android, Windows Phone, dan Blacberry saja yang boleh menikmati ciri-ciri tersebut. Pengguna gadget Apple berasaskan iOS perlu bersabar. Menurut Koum, masih ada batasan dari platform Apple yang membuat ciri baru ini belum boleh digunakan.

Untuk mengaktifkan ciri WhatsApp di PC, pengguna bolehe melayari laman https://web.whatsapp.com menggunakan pelayar Google Chrome tersebut. Sebelum itu, anda perlu mengemas kini aplikasi WhatsApp dari app store di phone anda.

Dalam laman tersebut, pengguna akan perlu login menggunakan QR Code yang ada melalui aplikasi WhatsApp versi terbaru. Caranya, buka aplikasi Whatsapp di phone anda, masuk ke menu di hujung kanan aplikasi Whatsapp anda, dan pilih Whatsapp Web. Kemudian, imbas kod yang diberi. Dan anda akan log masuk ke perkhidmatan Whatsapp untuk digunakan melalui web anda.

Pengguna memang tidak perlu melakukan pendaftaran baru untuk menggunakannya kerana ciri web ini hanya merupakan sambungan daripada telefon bimbit. Ertinya, semua mesej masih tetap aktif di telefon bimbit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here