Seekor ikan yu yang dipercayai ikan zaman pra-sejarah telah ditangkap oleh nelayan di sebuah tasik di Victoria, Australia.

Ikan itu yang dikenali juga sebagai “fosil hidup”, mempunyai 300 batang gigi dan bentuk badannya seperti belut. Biasanya spesies ikan seperti ini yang wujud sejak 80 juta tahun lalu boleh dijumpai pada kedalaman laut sedalam 1,500 meter.


Ketua Eksekutif Persatuan Perikanan Tunda Tenggara (SETFA), Simon Boag mengatakan bahawa ini adalah kali pertama ia ditangkap dengan keadaan masih lagi hidup.

Badannya yang panjang dan rahang yang fleksibel membolehkannya menelan keseluruhan mangsa, manakala 300 gigi berbentuk jarum yang sejajar dalam 25 baris menyukarkan mangsa untuk melarikan diri.

Spesimen ikan itu telah ditawarkan kepada (Komanwel Saintifik dan Penyelidikan Perindustrian) CSIRO tetapi tidak diambil kerana mendakwa mereka sudah mempunyai spesimen ikan tersebut.

Kini, ikan itu dipercayai telah dijual.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here