Seorang petani mendakwa dia telah menemui bangkai dua makhluk Chupacabra juga dikenali sebagai makhluk penghisap darah di Chile di sebuah kilang arak.

Penternak kambing, Javier Prohens yang sedang makan tengah hari dengan rakan-rakan terkejut apabila seorang lagi rakannya, Bricio Saldivar memaklumkan kepada mereka kepada tentang bangkai makhluk aneh dijumpai di pinggir sebuah bandar kecil, Monte Patria, iaitu sebuah wilayah di timur Chile Limari.

Pada mulanya, mereka menyangka bangkai tersebut hanyalah kelawar tetapi apabila memeriksa dengan lebih dekat, mereka menjadi yakin mereka adalah makhluk seperti dalam mitos lama.

Bangkai yang ditemui itu dipercayai sebagai bangkai Chupacabra, seekor makhluk yang menghisap darah.

Penemuan makhluk ini juga telah mencetuskan kebimbangan di kalangan petani lain di kawasan berhampiran kerana mata pencarian mereka bergantung kepada penternakan kambing.

Querubin Lebron, 38, berkata: ‘Walaupun ia dipercayai hanya menyerang haiwan, siapa tahu ia akan menyerang anak-anak kita juga.’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here