ANKARA: Seorang kanak-kanak pelarian Syria telah dibelasah oleh seorang pengurus restoran di bandar Istanbul Turki gara-gara memakan sisa kentang goreng pelanggan.


Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang budak lelaki yang berusia 11 tahun duduk berlumuran darah di tangga setelah dibelasah oleh pengurus rangkaian restoran segera, Burger King di daerah Sirinevler itu.

Budak yang melarikan diri ke Turki dengan keluarganya dari Aleppo, Syria dua tahun lalu berkata, dia mahu makan baki makanan itu kerana dia kelaparan, tetapi pengurus restoran menumbuknya di muka dan menendang kakinya, lapor akhbar Milliyet .

Budak lelaki itu berkata beliau telah meminta sedekah di jalan-jalan di Istanbul untuk mencari makanan.

Syarikat itu kini telah memecat pengurus tersebut selepas insiden itu.

“Insiden ini tidak boleh diterima,” katanya.

Turki mempunyai hampir dua juta pelarian Syria. Ramai yang tinggal di kem-kem di sempadan, dan yang lain berada di seluruh negara, termasuk bandar-bandar besar seperti Istanbul dan Ankara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here