Pengguna Google Chrome mungkin biasa nampak dinosaur T-Rex yang muncul apabila komputer anda terputus sambungan internet atau tidak disambungkan ke Internet. T-rex mempunyai lengan pendek dan oleh itu banyak perkara yang berada di luar jangkauannya.

Apa yang lebih menarik ialah permainan dinosaur ini boleh dimain diluar talian (tanpa sambungan internet) tetapi mesti ada Chrome yang latest punya.

Ia bukan hanya hanya untuk Chrome di desktop, permainan dinosaur juga boleh didapati di Chrome untuk Android juga. Ni nak kongsi sikit cara untuk mengaktifkan permainan tersebut untuk komputer dan juga smartphone anda.

Cara bermain / mengaktifkan permainan Endless T-Rex Runner di Chrome

1. Matikan sambungan internet anda.
2. Buka tab baru dan layari apa-apa saja laman web tanpa sambungan internet. 
3. Anda akan melihat gambar seekor dinasour T-Rex di pelayar web tersebut.
4. Tekan space pada papan kekunci untuk memulakan permainan.
Seperti kebanyakan permainan larian lain, matlamatnya adalah mudah iaitu berlari sejauh yang anda boleh, selama yang anda boleh, sehingga anda terlanggar pokok kaktus tersebut. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here