KAHERAH – Pemain bola sepak muda Jerman, Danny Blum telah mengumumkan bahawa beliau telah memeluk Islam. Beliau percaya bahawa islam adalah agama harapan dan kekuatan.

“Islam memberi saya harapan dan kekuatan. Solat menenangkan jiwa saya,” kata Blum kepada akhbar Bild pada hari Isnin, 26 Januari.


Blum menyertai Kelab Bavaria, 1. FC N├╝rnberg  pada Julai lalu.


Beberapa minggu yang lalu, dia telah mengambil keputusan untuk memeluk Islam, menyertai agama yang paling pesat berkembang di dunia.


“Apabila saya melawat masjid, jantung saya terus berdegup kencang. Saya rasa ini adalah sesuatu yang saya perlu tahu dengan lebih mendalam lagi,” kata Blum.

Semenjak itu, dia sembahyang lima kali sehari dan makan makanan halal. Memberitahu ibu bapa dengan keputusannya untuk memeluk islam, pemain berusia 24 tahun berkata mereka takut pada mulanya.

“Mereka adalah orang yang taat kepada Kristian. Tetapi mereka membenarkan saya berbuat demikian jika saya percaya bahawa ia adalah betul,” katanya.

“Islam adalah agama yang aman. Iman saya mengatakan: jangan memaksa sesiapa saja untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Jika kamu berfikir, ia akan datang dengan sendiri dalam hati “

Jerman menjadi tempat tinggal bagi hampir 4 juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here