PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan semula harga runcit petrol yang berkuatkuasa pada hari ini, 1 Februari.

Harga baru seliter untuk RON95 adalah RM1.70 (dari RM1.91), RON97 pada RM2 (dari RM2.11) dan diesel pada RM1.70 (dari RM1.93).

Ini adalah berikutan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membuat keputusan untuk menetapkan harga pasaran Ron 95 dan diesel berasaskan kaedah apungan terkawal, bermula 1 Disember, tahun lepas.

Amaran tegas diberikan kepada syarikat-syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang tidak mematuhi harga baru, dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang gagal mematuhinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here