Terdapat beratus-ratus spesies nyamuk di dunia ini. Setiap spesies ada pilihan tersendiri kepada siapa untuk ia menggigit. Tetapi hanya nyamuk betina menghisap darah untuk menghasilkan telur.

Nyamuk dirangsang oleh beberapa faktor ketika menghisap darah. Antaranya mereka tertarik dengan karbon dioksida daripada hembusan nafas kita. 

Haba badan yang tinggi juga menjadi antara faktornya. Apabila nyamuk berada dekat dengan manusia, ia akan bertindak balas terhadap bau darah daripada kulit manusia itu.


Kajian menunjukkan jenis darah (terutamanya jenis O), wanita hamil dan kaki botol akan menyebabkan namuk lebih tertarik. Tetapi kebanyakan kajian ini menggunakan hanya satu spesies nyamuk. Jika ditukarkan dengan spesies nyamuk yang lain, keputusan mungkin berbeza.

Salah satu bahan menarik nyamuk adalah bahan yang terkandung dalam peluh iaitu asid laktik. Kajian menunjukkan ia adalah antara bahan yang menarik perhatian nyamuk khususnya spesies yang menggigit manusia seperti Aedes aegypti. Jadi, tidak hairanlah manusia yang berpeluh akan lebih kerap digigit nyamuk.

Setakat ini, masih tidak ada bukti dari mana-mana kajian di dunia yang membolehkan kita menghalang gigitan nyamuk dengan makan atau minum sesuatu. Jadi, solusinya buat masa sekarang gunakanlah bahan apa-apa saja yang boleh menghalau atau membunuh mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here