Kota Tinggi: Seramai 40 orang pelajar diserang histeria yang berlarutan sehingga semalam ketika sesi pembelajaran di sebuah sekolah di sini pada Rabu lalu.

Kejadian tersebut dilaporkan bermula semenjak minggu lalu sehinggakan sesi pembelajaran terpaksa ditangguhkan.

Kejadian yang dikatakan paling terburuk yang pernah berlaku itu menyebabkan pihak sekolah terbabit terpaksa memanggil pakar perubatan Islam bagi merawat pelajar-pelajar terbabit.

Penaung Pusat Rawatan Islam Zahratus Syifa’, Hafsah Ahmad datang dengan berbekalkan bacaan ayat al-Quran dan air zam zam sebagai usaha untuk menghalau makhluk halus yang sering mengganggu pelajar sekolah terbabit terutamanya perempuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here