Tasek Gelugor: Mayat berbau wangi dipercayai milik warga asing telah ditemui dalam plastik hitam yang dibuang berdekatan ladang sawit di Kubang Menerong.

Mayat itu dijumpai kira-kira pukul 3 petang sewaktu penduduk sedang mengawasi kebunnya yang berada berhampiran dengan tempat kejadian.

Saksi memberitahu bahawa mayat yang dibungkus dengan plastik hitam tersebut mungkin dibuang pada waktu siang kerana beliau tidak melihatnya sewaktu melalui kawasan itu pada pukul 9 pagi.

Saksi yang tidak mahu dirinya dikenali itu lagi berkata, pada pengikat plastik hitam itu tertera tulisan ‘Assalamualaikum…nama saya Farouk’…saya Muslim mau sembahyang dulu, terima kasih!”

Dia kemudiannya menceritakan tentang kejadian itu kepada penduduk yang melaporkan penemuan itu kepada polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here