Pemeriksaan bangkai pesawatTransAsia di Sungai Keelung – foto AFP

TAIPEI, 5 Feb 2015: Penyelamat kini masih lagi dalam usaha bagi mencari 12 orang yang masih hilang akibat daripada nahas kapal terbang TransAsia pada hari Khamis lepas. 

Juruterbang yang mengendalikan pesawat tersebut dianggap sebagai seorang wira kerana berjuang bagi mengelak terhempas di kawasan bangunan yang berada di situ.

Beratus-ratus penyelamat dalam bot, penyelam dan askar dikerahkan bagi pencarian itu.

Jumlah kematian meningkat kepada 31 apabila lebih banyak mayat dijumpai termasuklah juruterbang dan pembantu juruterbang, kata pihak berkuasa.

TransAsia ATR 72-600 terhempas tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Songshan.

Juruterbang yang mengemudi pesawat yang mempunyai 53 penumpang dan lima anak kapal tersebut telah dipuji oleh pakar-pakar penerbangan kerana berjaya membawa pesawat jauh daripada kawasan penempatan penduduk dan bangunan tinggi yang boleh menyebabkan lebih banyak lagi kerosakan berlaku. 

Tindakannya itu juga mendapat pujian daripada pengguna laman media sosial.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here