Ternyata tidak semua jasad yang diserahkan kepada Posko DVI Polda Jatim adalah jasad manusia. 


“Hari ini kami dapat pastikan bahawa jasad yang berlabel B077 bukanlah mangsa Pesawat QZ8501, tetapi seekor monyet,” kata Ketua Unit forensik (DVI) polis Jawa Timur, Indonesia.

Menurut Budiyono, pada awalnya mereka menyangka jasad itu milik kanak-kanak kerana tingginya hanyalah antara 30-35 sentimeter.

Namun, setelah melakukan siasatan yang lebih mendalam, pasukan DVI merasa ragu bahawa jasad itu milik manusia. Kulit yang masih ada cukup tebal, tidak seperti kulit manusia.

“Hanya kulit dan tulang daripada leher sampai punggung saja yang ditemui, isi perut dan daging sudah tiada,” katanya.

“Kalau kulit manusia, hanya dalam tempoh 30 hari saja di lautan, ia pasti akan rosak, tetapi kulit itu ditemui dalam keadaan masih lagi tebal,” kata Budiyono.

Selain daripada kulitnya, mereka yakin bahawa jasad Itu bukan milik manusia setelah meneliti struktur tulang yang masih ada bersambung sempurna seperti sudah dewasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here