Dianggarkan sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh apabila pesawat TransAsia Airways GE235 terhempas ke dalam sebuah sungai sejurus selepas berlepas di Taipei, Taiwan.

Juruterbang, Liao Chien-tsung ditemui dalam keadaan masih lagi memegang alat pengemudi sementara kakinya retak teruk.

Datuk Bandar Taipei berkata, Liao yang berusia 42 tahun dan pembantu juruterbang menggunakan detik-detik terakhir mereka mengawal pesawat tersebut untuk mengelak merempuh bangunan-bangunan yang ada di situ bagi mengurangkan lagi kematian.

Jumlah kematian akan menjadi lebih tinggi jika pesawat itu terhempas atau merempuh mana-mana bangunan.


“Reaksi yang pantas juruterbang itu telah menyebabkan ramai lagi orang terselamat,” kata Chris Lin, abang kepada salah seorang mangsa yang terselamat kepada pemberita.

Dalam pesawat itu terdapat 31 orang pelancong dari China, terutamanya dari barat daya bandar Xiamen.


Lima belas orang dilaporkan terselamat manakala 12 yang lain masih lagi tidak ditemui. Pencarian bagi mencari mangsa yang hilang masih lagi giat dilakukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here