Contoh makanan yang pelik dari Asia. Amaran! tidak baik untuk mereka yang lemah jantung dan mungkin juga tidak baik untuk perut anda.

1. Balut



Ini adalah makanan istimewa orang Filipina iaitu telur itik yang telah menjadi janin dan direbus hidup-hidup. Nampak menggelikan, namun ia adalah makanan biasa bagi orang kat sana.


2. Arak Habushu


Di Okinawa, pembuat arak Jepun menenggelamkan ular dalam balang dan membiarkannya lemas, kemudian ular itu akan melepaskan racun mereka ke dalam arak, dan kemudian terhasilah minuman khas yang dikatakan dapat meningkatkan libido lelaki. 


3. Beondegi


Beondegi adalah perkataan Korea yang bermaksud “kepompong” atau “pupa”, yang biasanya daripada ulat sutera. Ia dikukus atau direbus, ada juga disediakan untuk dijual oleh penjual di tepi jalan.

4. Tarantula Goreng



Semasa pemerintahan Khmer Rouge di Kemboja, manusia mula menggoreng tarantula kerana makanan sangat sukar didapati. Sekarang ia menjadi tarikan penggemar makanan. Ia digambarkan sebagai “kacukan antara ayam dan ikan kod.”

5. Biskut Campuran Tebuan



Satu lagi inovasi dari Jepun, di mana pemburu menangkap tebuan dalam hutan, rebus dalam air, keringkan, kemudian letakkannya ke dalam biskut. Dikatakan kaya dengan protein.


Hmm. Bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai orang islam, islam dah letak panduan sendiri haiwan apa yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here