Awal minggu ini, seorang nelayan bernama Garry Warrick menangkap ikan dengan dua mulut di 
 Selatan Australia. Ikan ini adalah daripada keluarga Clupeidae, sama seperti sardin. Warrick mendakwa telah menangkap ikan itu hidup-hidup di Tasik Bonney.


Mulut atas ikan itu dapat berfungsi secara normal, namun bahagian 
mulut bawahnya tidak dapat ditutup.

Sepanjang kerjaya 30 tahun lamanya sebagai pemancing, dia sebenarnya sudah biasa melihat pelbagai kecacatan yang berlaku pada ikan, namun ini adalah kali pertama kalinya dia melihat ikan yang bermulut dua.


“Biasanya saya akan menjadikannya sebagai umpan atau baja, namun kali ini ikan tersebut saya simpan di dalam peti,” katanya.

“Saya tidak memberitahu penemuan ini kepada orang lain kecuali isteri saya yang kemudiannya mencadangkan untuk meletak gambar ikan itu di internet,” tambah Warrick.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here