Ketika kerja penggalian dilakukan di tingkat bawah sebuah pasar raya di Paris, jengkaut menemui beratus-ratus tulang manusia yang diletakkan dalam satu kubur yang besar. Mayat-mayat itu dikebumikan di tanah perkuburan hospital yang telah dirobohkan pada abad ke-19 awal, dan ia kemungkinan milik mangsa wabak penyakit.

Setakat ini, lapan kubur telah ditemui dalam kawasan 100 meter persegi. Tujuh daripadanya mempunyai antara lima dan 20 individu, dan kubur kelapan mempunyai lebih daripada 150 mayat, menurut satu kenyataan dari Institut Penyelidikan Penyenggaraan Arkeologi Kebangsaan (Inrap). Kebanyakan tangan mayat tersebut bersilang ke dada mereka, menunjukkan mereka telah dibalut dengan kain.

Monoprix Reaumur Sebastopol menduduki sebuah bangunan lama yang dibina di atas tapak tanah perkuburan sebuah hospital yang ditubuhkan pada abad ke-12 dan dimusnahkan pada akhir abad ke-18 atau awal abad ke-19. Kebanyakan mayat yang dikebumikan di kawasan hospital itu disangka telah digali dan dipindah ke Catacombs Paris



Baru-baru ini, pasar raya tersebut memutuskan untuk menukar sebahagian daripada bilik bawah tanah dan dijadikan sebagai stor tambahan.

Mayat milik individu daripada semua peringkat umur dan telah disimpan dengan teratur. Apa yang menakjubkan adalah bahawa mayat mereka tidak dibuang, tetapi diletakkan di sana dengan penjagaan dan dalam cara yang teratur.

Penyelidik saat ini tengah melakukan kajian penanggalan karbon dan ujian DNA untuk mengetahui usia mayat itu. Paris dilanda banyak wabak penyakit yang membawa maut pada abad ke-14, 15 dan 16, salah satunya adalah cacar air. Ditambah lagi, pada era itu kerap berlaku banjir dari sungai Seine yang mengorbankan beribu-ribu orang.

Pada pertengahan abad ke-16, sebahagian hospital itu dijadikan sebagai rumah anak yatim bernama Hospice des Engants-Bleus. Hospital dan rumah anak yatim itu ditutup semasa Revolusi Perancis dan kemudiannya dijual. Bangunan itu dihancurkan oleh pemiliknya yang baru pada 1817.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here