Anak anjing yang menangis ini menarik perhatian pejalan kaki di sekelilingnya apabila ia ditinggalkan oleh pemiliknya di stesen kereta api Eastbourne di UK.

Apa yang lebih menyedihkan lagi ia ditinggalkan sendirian dengan hanya bekas yang diisi dengan air disisinya sambil diikat.

Anjing itu ditemui merengek menunggu pemilik dengan sabar lebih daripada satu jam dengan harapan bahawa pemiliknya akan datang kembali.

Seorang saksi yang berada di stesen keretapi menyatakan melihat seorang lelaki mengikat anjing itu dan kemudian bergegas masuk ke dalam teksi.

Selepas pemiliknya tidak datang juga untuk menuntut anak anjing itu, petugas stesen membuat keputusan untuk membawa anjing itu ke tempat perlindungan anjing,

Semoga anjing tersebut dapat pemilik baru yang lebih menyayanginya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here