Pavitra bersama ayahnya, Chinapah selepas mendapat keputusan SPM baru-baru ini


Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Itulah perumpamaan yang tepat dapat digambarkan oleh pelajar cemerlang ini.

C. Pavitra mungkin tidak datang dari keluarga yang senang yang mampu untuk mengikuti kelas tambahan dan ke pusat-pusat tuisyen terbaik di bandar, tetapi itu tidak menghalang beliau daripada berusaha keras seterusnya muncul sebagai pelajar terbaik di SMK Convent Kajang dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

Beliau telah mendapat keputusan 11A + dalam kesemua mata pelajaran yang diambil. Kejayaannya itu adalah melalui usaha gigih dan tumpuan yang tinggi kepada pelajaran supaya impiannya untuk menjadi seorang doktor tercapai.


Pavitra melihat pekerjaan ayahnya yang merupakan seorang pemandu jentera di Alam Flora sebagai inspirasinya untuk berjaya dan membantu keluarganya untuk kehidupan yang lebih baik.

Ketika ditanya, beliau menyatakan subjek paling sukar baginya dalam peperiksaan SPM adalah Pendidikan Moral.

Facebook beliau kini dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh ahli keluarga dan juga orang ramai yang melihat kejayaannya sebagai satu inspirasi kepada yang lain.

Semoga dengan kejayaan sebegini dapat dijadikan motivasi untuk kita. Tahniah kami ucapkan kepada beliau dan ahli keluarga atas pencapaian yang sangat membanggakan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here