Kentut berlaku apabila keluarnya gas melalui anus atau dubur akibat pengumpulan gas di dalam perut (terutamanya dari saluran pencernaan mamalia). Keluarnya gas sering disebut juga sebagai buang angin. Ia adalah proses sampingan bagi pencernaan.


Tidak dapat dinafikan ramai manusia menganggap kentut adalah sesuatu yang menggelikan. Tapi ketahuilah disebalik bau busuknya, ia merupakan perbuatan yang sihat.

Perbuatan tahan kentut adalah tidak sihat kerana semakin lama kita menahan kentut, semakin banyak kadar nitrogen terkandung dalam kentut kerana gas-gas lain turut diserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang kerap makan secara gelojoh, kadar oksigen dalam kentutnya sangat tinggi kerana tubuh tidak sempat menyerap oksigen.

Gas yang terhasil daripada kentut adalah mudah terbakar disebabkan oleh metana dan hidrogen yang berada di dalamnya.

Tahukah anda dengan menyalakan mancis boleh menghilangkan bau daripada kentut?

Ia disebabkan oleh bau kentut yang terdiri daripada hidrogen sulfida (makanan) yang akan terurai kepada wap air dan sulfur dioksida apabila terdedah dengan haba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here