Kemiskinan dikatakan telah menjadi punca seorang budak untuk minum susu anjing betina bagi menghilangkan kelaparan yang dialaminya.


Kejadian yang berlaku di sebuah daerah di utara Bangladesh yang dikenali sebagai Gaibandha ini menimbulkan kesedihan di kalangan penduduk tempatan.

Budak lelaki yang bernama Shakil Ahmed, 8, yang berasal daripada keluarga miskin ini sering saja kelaparan kerana ibunya meninggalkannya untuk bekerja sebagai pembantu rumah.


Penduduk tempatan berkata 
minum susu anjing betina menjadi kebiasaannya walaupun mendapat larangan dan teguran daripada ibu bapa dan jiran.
Walaupun anjing peliharaannya mati, dia tidak dapat berhenti daripada tabiat minum susu anjing. Shakil turut berkata dia akan minum susu anjing setiap kali dia melihat anjing betina di jalanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here