Baru-baru ini, viral satu gambar Instagram milik Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana dikatakan menyindir Rosmah Mansor.
Baca : Tengku Puan Pahang sindir Rosmah Mansor
Ia berikutan caption yang ditulis Tunku Puan Pahang “There goes my diet… oleh kerana nak bayar hairdresser mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!!”
Ramai yang menganggap ianya adalah sindiran kepada Rosmah disebabkan kontroversi yang melanda Rosmah yang merungut bayaran mahal dikenakan jika pendandan rambut datang ke rumahnya.
Milo Suam yang terkenal sebagai blog pro pembangkang turut mengemaskini status di laman Twitter dengan menulis, ‘Tengku Puan Pahang @cheaminahsayang dihujani pujian kerana ‘perli’ seorang wanita boros, lihat itulah suara rakyat terbanyak #Terbaik.’
Tidak lama selepas itu, akaun Twitter yang dipercayai milik Tengku Puan Pahang membalas kenyataan itu dengan menafikan perkara itu.