Pemain golf di padang di Florida dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan tersebarnya sekeping gambar buaya yang besar sedang berjemur di padang golf berkenaan yang menjadi viral di laman sosial Facebook.


Pertandingan golf wanita tetap berjalan seperti yang dirancang oleh Kelab Golf Myakka Pines di Englewood, di pantai barat Florida. Ia diteruskan seperti biasa walaupun kira-kira 100 peserta terserempat dengan buaya yang dianggarkan lebih 4 meter panjang, kata Mickie Zada, pengurus besar kelab itu.

“Jika kita berhenti bermain kerana buaya itu, sudah pasti tidak akan ada pemain golf yang ingin bermain golf di sini lagi,” kata Zada.

Zada berkata beliau mendapat banya panggilan daripada wartawan yang bertanya sama ada gambar yang diambil oleh pemain golf pada hari Jumaat itu telah diedit untuk membuatkan buaya itu kelihatan lebih besar.

“Lelaki itu berusia dalam lingkungan 80-an. Beliau tidak mungkin tahu perisian Photoshop,” kata Zada lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here