Apa jenis manusia la yang sanggup buat kianat binatang comel ni. Pernah terbaca tak kes kucing mati selepas diwarnakan dengan cat warna pink?

Terkini, sebuah gambar yang dikongsikan di laman sosial Facebook menjadi viral menunjukkan keadaan seekor kucing yang diwarnakan seakan bendera Johor Darul Takzim (JDT).


Mula-mula memang nampak cantik, tapi tak terfikir ke akibat yang berlaku apabila kucing itu terdedah kepada bahan kimia yang mungkin boleh menyebabkan kematian?

Di halaman Facebook, pelbagai komen telah dilemparkan pengguna sehingga ada yang menyatakan ia adalah kerja penyokong fanatik pasukan JDT yang terlalu taksub.

Ada juga yang menyatakan ia adalah satu perbuatan khianat untuk memfitnah JDT.

Kesian kan? Kami berharap agar kucing ini tidak senasib dengan kucing sebelum ini yang mati.

Siapalah yang saja suka-suka tanpa rasa bersalah melakukan kekejaman terhadap haiwan kesayangan nabi ini. Memang tidak patut walau apa dengan alasan sekalipun. Ingatlah nanti setiap apa yang kita lakukan akan diperhitungkan di akhirat nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here