Laman sesawang White House kini telah mengeluarkan keputusan rasmi berkenaan petisyen online menyeru Amerika Syarikat untuk membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara.

White House mengeluarkan kenyataaan itu ekoran petisyen tersebut mencatatkan 113.800 tandatangan, melepasi sasaran 100,000 yang diperlukan.

Amerika Syarikat amat kecewa dengan penyabitan Anwar berikutan kerana keputusan asal mendapati beliau tidak bersalah namun bertukar sebaliknya selepas kerajaan Malaysia mengemukakan rayuan.

Keputusan awal untuk mendakwa Anwar, tindakan untuk merayu keputusan tidak bersalah dan membatalkannya menyebabkan kebimbangan yang serius tentang kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia.


White House berkata kebimbangan ini diburukkan lagi oleh hasrat kerajaan Malaysia untuk memperkukuhkan dan memperluaskan lagi penguatkuasaan Akta Hasutan.

Ia berkata Amerika Syarikat kekal komited untuk memperluaskan kerjasama dengan Malaysia bagi menghadapi cabaran ekonomi dan keselamatan yang melibatkan kepentingan negara di Asia dan di seluruh dunia.

“Pada masa yang sama, kita telah dan akan terus mendesak kerajaan untuk memohon melaksaanakan kedaulatan undang-undang secara adil, telus, dan tanpa penglibatan politik bagi menggalakkan keyakinan dalam demokrasi, badan kehakiman dan ekonomi Malaysia.

“Sejarah telah menunjukkan bahawa negara-negara yang menegakkan hak asasi manusia bagi semua rakyat mereka tanpa mengira fahaman politik, etnik, bangsa, agama, atau orientasi seksual mereka akan lebih makmur dan lebih stabil pada jangka panjang yang panjang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here