Keadaan kesihatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara dikatakan berada pada tahap yang membimbangkan. Tahap tekanan darahnya menurun  dengan ketara sejak beliau dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh.

Menurut anak perempuan keduanya, Nurul Nuha Anwar, tekanan darah Anwar kini pada bacaan 87-50. Kebiasaannya tekanan darah orang dewasa adalah antara 120-80 kepada 140-90.


Apa yang lebih buruk lagi, Nurul Nuha mengatakan bahawa ayahnya telah kehilangan berat badan 3kg selepas dipenjarakan kira-kira satu bulan. 

“Kami amat mengambil berat tentang kesihatannya,” katanya lagi setelah lawatan keduanya ke penjara semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here