Di tengah-tengah satu kawasan yang paling kering di dunia terdapat oasis padang pasir yang indah dengan pokok-pokok kelapa yang subur dan lagun tenang yang dikatakan menjadi destinasi utama pelancongan.

Tempat ini dipangil Huachachina, ditemui di Gurun Atacama di Peru.

Tasik ini terbentuk secara semula jadi, tetapi ada legenda tempatan mengatakan kawasan ini adalah tempat di mana seorang puteri sedang mandi apabila dia ditemui oleh pemburu dan melarikan diri meninggalkan kolam air. Jubahnya yang tertinggal dikatakan apa yang menjadikan bukit-bukit pasir sekitarnya.

Bandar ini pernah menjadi tumpuan pelancong pada tahun 1940-an kerana ada mitos yang mengatakan jika mandi di lagun sana sangat bagus kerana mempunyai kuasa penyembuhan.

Huacachina bukan tempat terpencil seperti yang anda fikir, bandar ini terletak berdekatan dengan Ica, hanya beberapa kilometer jauhnya.

Tarikan utama tempat ini adalah luncur pasir yang menjadi yang menjadi ‘syurga’ buat pengembara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here