Hari ini, tersebar satu video yang dimuatnaik oleh group Facebook Kuching Traffic Info yang menunjukkan seorang lelaki tua dibelasah oleh dua orang remaja lelaki tanpa rasa belas kasihan dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bako Kuching hari ini.

Video yang menjadi viral itu mendapat perhatian daripada pengguna laman sosial Facebook yang rata-rata marah dengan tindakan remaja berkenaan.


Kejadian yang berlaku itu dikatakan disebabkan oleh lelaki tua tersebut telah terlanggar motosikal salah seorang lelaki itu. 

Persoalannya sekarang adakah perlu untuk memukul orang tua itu sampai sedemikian rupa? Memang tidak patut!

Diharapkan kepada orang awam yang ada sebarang maklumat mengenai kejadian ini atau mengenali identiti kedua-dua remaja lelaki ini mohon buat laporan di balai polis yang berdekatan.


Tonton video di bawah: 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here