KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK) berjaya merampas produk tiruan Milo bernilai RM250,000 dalam satu serbuan yang dibuat di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, di Negeri Sembilan pada Jumaat lalu.

Oleh kerana bimbang pelanggan tidak tahu membezakan bagaimana produk tiruan dan asli, Nestle Malaysia memulakan kempen untuk membantu pelanggan bagaimana untuk mengenalpasti bungkusan Milo tiruan dan asli berdasarkan pembungkusan pek itu.

Perbezaan produk Milo asli (kiri) dan tiruan (kanan)

Barang lain yang turut dirampas ialah 1,000 kotak kosong, 50,000 pek plastik kosong, sebuah mesin pencetak, mesin timbang dan pencetak nombor.

Enam pendatang dari Myanmar dan Indonesia dilaporkan telah juga ditangkap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here