Seekor ikan keli gergasi seberat 127 kg berukuran panjang 2.67 meter berjaya ditangkap di Itali dengan hanya menggunakan pancing oleh seorang pemancing bernama Dino Ferrari .

Dino Ferrari dan adiknya, Dario, menggunakan umpan tiruan dan mengambil masa selama 40 minit untuk mengeluarkan ikan gergasi tersebut daripada air ke bot kecil mereka. Setelah ikan yang merupakan salah satu yang terbesar yang pernah ditangkap itu ditimbang dan diukur, mereka melepaskannya semula ke dalam sungai.

Menurut laman web welscatfish.co.uk, ikan tersebut mempunyai beratus-ratus gigi digunakan untuk memegang mangsa sebelum memakannya.

Ikan ini biasanya makan itik, tikus dan burung merpati.


Jom saksikan video di bawah:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here