Semalam, sebuah video menjadi viral di laman sosial menunjukkan dua orang remaja lelaki membelasah seorang lelaki tua di Jalan Bako, Kucing.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa yang berumur 46 tahun, pada mulanya mangsa dengan rakannya mendapati motosikal tanpa nombor pendaftaran yang ditunggang lelaki itu ditunggang secara tidak selamat.

Setelah rakan mangsa membunyikan hon, penunggang motosikal terbabit menunjukkan isyarat lucah kepadanya.

Kemudian, penunggang motosikal tersebut memberhentikan kenderaannya diikuti mangsa dan rakannya.

“Mangsa dan rakannya memberhentikan kenderaan, turun daripada kereta dan berlaku pertengkaran dengan penunggang motosikal yang dipercayai dalam keadaan mabuk.

“Tiba-tiba penunggang motosikal itu dengan rakannya memukul mangsa dengan topi keledar, manakala rakan mangsa dihalang daripada membantu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Akibat kejadian itu mangsa lebam di kepala dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Saksi yang menyaksikan kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Entusa Imam.

Siasatan lanjut masih lagi dibuat dan belum ada lagi tangkapan dilakukan setakat ini.

Di bawah adalah video yang menjadi viral di laman sosial semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here