Peristiwa yang luar biasa berlaku kepada sekumpulan pengunjung apabila menerima kehadiran seekor buaya yang sangat besar yang sedang mencari makanan.

Jurugambar, Rodney Cammauf baru saja menjumpai tempat yang cerah di tepi air untuk menikmati makan tengah hari beliau apabila kejadian tersebut berlaku.

Ketika buaya itu datang, semua orang meninggalkan tempat makanan itu berada kerana terkejut dan takut.

Tetapi sebaik sahaja buaya tersebut sedang makan makanan mereka, Cammauf pergi semula ke tempat itu untuk menangkap beberapa keping gambar.

‘Buaya itu kemudian dihalau oleh orang yang kelihatan sedikit berpengalaman tetapi apa yang menyedihkan, kami kehilangan semua makanan’

‘Ia sudah tentu satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Ia adalah satu amaran kepada orang lain untuk berhati-hati ketika memilih tempat untuk berkelah pada masa akan datang. ‘

Memberi makan buaya adalah menyalahi undang-undang di Florida kerana ia membuatkan buaya hilang takut mereka terhadap manusia.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here