Sultan Muhammad V menyuarakan sokongannya kepada usaha kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah di negeri ini.

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2015: Sultan Kelantan telah menyuarakan sokongannya kepada pelaksanaan hudud di negeri ini.

Menurut Sinar Harian, Sultan Muhammad V bertitah demikian dalam ucapannya ketika Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri (DUN) Negeri Kelantan.

“Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan bercadang untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian ahli Parlimen untuk meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76A1 Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan di sini.

“Semoga mencapai kejayaan dengan sokongan daripada semua pihak, Insya-Allah,” titah baginda.

Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS merancang untuk membentangkan rang undang-undang untuk pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dun Kelantan 18 Mac ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here