Sebuah Ferarri yang dipandu oleh pelawak terkenal, Zizan Razak telah mengalami kerosakan selepas merempuh pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke sebuah penggambaran filem di Putrajaya hari ini.

Zizan yang berusia 31 tahun telah cedera apabila terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kerosakkan pada bahagian hadapan kereta menurut pembantu peribadinya, Izwan.

Tambahnya lagi, Zizan masih belum membuat laporan polis mengenai kemalangan itu.

“Beliau terlanggar pembahagi jalan pada bahagian depan kereta. Walau bagaimanapun kerosakannya tidak teruk dan Zizan berada dalam keadaan baik.

“Pada masa ini, saya tidak pasti sama ada Zizan mahu membuat laporan polis atau tidak,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Zizan memuat naik gambar di akaun Instagram beliau pada hari Rabu mengatakan bahawa dia dalam keadaan baik.

Izwan menafikan gambar Ferrari hancur yang tersebar dan menjadi viral di laman sosial Facebook itu adalah milik Zizan.


Zizan kini dalam proses penggambaran filem Angin Cinta bersama pelakon Ummi Nazeera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here