New Delhi: Di sebuah bandar yang dipanggil Jharia, terkenal sebagai tempat melombong arang batu dan api bawah tanah yang telah membakar selama hampir satu abad.

Jharia adalah tapak penting untuk perlombongan arang batu di India dan merupakan punca utama penjanaan kuasa elektrik di sana.

Jika anda terfikir untuk memadamkan api ini, lupakan saja kerana ia adalah usaha yang sia-sia.

Api bawah tanah ini telah menyebabkan pencemaran tanah, air dan udara dan memberikan malapetaka kepada rakyat yang tinggal di kawasan itu.

Pencemaran asap yang berpunca daripada api telah menyebabkan penyakit sesak nafas di kalangan penduduk tempatan.

Sehingga kini, kerajaan tidak mengambil apa-apa langkah-langkah untuk menangani masalah itu.

Jom teroka tempat arang batu yang dilombong di Jhari.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here