(Foto hiasan)

Rambut merupakan salah satu perhiasan pada diri yang sangat penting untuk kita jaga. Cara menjaga rambut adalah mencucinya, merapikannya, memendekkannya agar kelihatan kemas dan juga menyikatnya. Bahkan ini adalah antara tuntutan dalam agama Islam yang menyuruh kita sentiasa menjaga penampilan diri.

Namun, benarkah ada larangan mengenai adab dan cara menyikat rambut ini? Di Whatsapp tersebar beberapa hadis ini yang kononnya jika mengamalkannya akan menjejaskan kesihatan tubuh badan. Benarkah? Adakah sahih hadis-hadis itu, di bawah kami kongsikan antaranya.

Pertama: “Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.”

Kedua: “Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.”

Ketiga: “Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.”
Keempat: “Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.”

Di atas adalah antara beberapa hadis popular yang kerap disebarkan oleh masyarakat kita. Jadi, ini jawapan daripada Dr. Rozaimi.

Bagi hadis pertama dan kedua, Dr. Rozaimi mengatakan ia adalah hadis palsu yang diriwayatkan oleh Syiah. Hadis keempat juga palsu, ia dinilai palsu oleh Ibn Jauzi, al-Syaukani kerana pada sanadnya terdapat perawi bernama al-Juwaibari dan Abu al-Bakhtari.

“Saya menjumpai sanad lain bagi riwayat ini namun ia juga daif kerana terdapat perawi yang tidak dikenali.

Hadis menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak juga palsu, ia diriwayatkan daripada Syiah.

Syiah bukan ahli Sunnah Wal-Jamaah.

“Menggunakan peralatan emas dan perak memang dilarang bukan khusus pada sikat sahaja.

“Berhati-hati sebelum hendak menyebarkan sesuatu hadis dikhuatiri ianya bukan datang dari Rasulullah,” katanya seperti dipetik dari akaun facebook miliknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here