Fenomena matahari terbit yang dipanggil “halo” ini boleh muncul beberapa kali sepanjang musim sejuk, menurut ahli meteorologi.

Orang-orang di barat bandar Chelyabinsk menyaksikan kemunculan ‘tiga matahari’ di kaki langit yang sebenarnya hanyalah ilusi optik yang merupakan kesan daripada kristal ais di udara yang membiaskan cahaya matahari. 


Kristal ais yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar adalah kesan dari suatu pagi yang sangat sejuk dengan suhu sekitar -25C, kata Galina Sheporenko, ketua peramal cuaca di kawasan itu.

Beberapa hari sebelum ini, penduduk di kawasan itu digemparkan dengan salji biru yang meliputi jalan-jalan di bandar itu.

Walaupun sesetengah orang takut dengan warna salji yang kelihatan tidak semula jadi itu, terdapat penjelasan di sebalik kejadian itu.

Sebenarnya ia adalah tumpahan cecair kimia yang berasal daripada sebuah kilang pewarna telur yang menguap dan bercampur dengan salji.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here