Valery Smagly, seorang lelaki berusia 58 tahun berkata ramai wanita yang cemburu apabila melihat bulu matanya yang menggoda. Tetapi ada juga yang mengatakan bulu matanya nampak menyeramkan.


Lelaki ini percaya bahawa dia mempunyai bulu mata paling lentik di dunia. Dia mengatakan bahawa bulu matanya ini adalah hasil daripada makanan yang dia amalkan. Katanya lagi, ia mula memanjang apabila dia menambahkan satu bahan ‘rahsia’ dalam makanannya. Walaupun ramai yang ingin tahu cara rahsia ramuan ini, dia berkeras untuk tidak berkongsi rahsia ini kepada orang lain.


Wanita akan selalu bertanya apa rahsianya, kerana mereka tahu yang ia bukanlah bulu mata buatan. Apabila bercakap dengannya pula, tidak kira lelaki atau perempuan, mereka tidak akan ambil perhatian sangat kerana memberikan tumpuan lebih kepada bulu mata.


Smagly berkata dia boleh sahaja memanjangkan bulu matanya jika dia mahu, tapi dia tidak akan membiarkannya tumbuh lagi panjang lagi kerana menganggap tiada guna buatnya. Lagipun ia memberi kesan sakit kepada kelopak matanya dan menjejaskan penglihatannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here