Ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi berkata semua bentuk hubungan dengan PAS harus digantung di semua peringkat berkuatkuasa serta merta.

Seruan itu berpunca daripada parti PAS yang membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang telah dipinda semalam.

“PAS kebangsaan telah mengkhianati kita. Kita tidak percaya dan tidak boleh mempercayai mereka lagi,” katanya hari ini.

Ooi juga berkata DAP tidak seharusnya melambatkan celaan terhadap kepimpinan PAS atau memberi sokongan moral kepada “kumpulan liberal” dalam parti Islam itu.

Ooi berkata DAP, tidak boleh dilihat campur tangan dalam proses pemilihan pimpinan parti PAS yang akan berlangsung di Selangor, Jun ini.

Beliau berkata semua orang mesti tahu bahawa hudud bukan dasar PAS Kelantan saja, tetapi juga dasar PAS kebangsaan, maka ia adalah satu pengkhianatan parti Islam itu kepada PR.

Beliau berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hanya diam sahaja mengenai isu hudud ini menyebabkan pembentangan rang undang-undang hudud dilakukan.

“PAS di peringkat akar umbi dan kepimpinan mesti menyusun parti mereka, menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri dan hala tuju politik. PAS sama ada dengan kita atau menentang kita, Pakatan Rakyat.

“Jawatankuasa Kerja Pusat DAP perlu membuat pendirian tegas terhadap PAS apabila bersidang pada Isnin depan.”

Ooi mengingatkan partinya untuk menggunakan semangat dan pemikiran bekas pengerusinya, Karpal Singh yang digelar Harimau Jelutong dalam menghadapi pengkhianatan ini.

“Ingat di mana Karpal meletak kedudukan DAP mengenai isu ini dan menghantar isyarat yang benar dan tegas kepada PAS bahawa perbuatan itu adalah satu pengkhianatan terhadap PR dengan cara yang tidak baik.”

Ooi, ahli parlimen dua penggal berkata lagi rang undang-undang hudud di Kelantan jika ia diluluskan, ia akan turut diperluaskan ke negeri-negeri lain.

“Terdapat udang di sebalik batu’.”

Selangor yang dipegang oleh PR akan menjadi sasaran seterusnya kerana PAS mempunyai 15 kerusi daripada keseluruhan 43 di Selangor.

Beliau berkata jika PAS bergabung dengan 12 ADUN daripada Umno dan Adun Bebas tunggal yang juga bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mereka akan mempunyai 28 wakil berbanding 13 wakil PKR dan 15 DAP dan akan menjejaskan kestabilan dalam PR.

“Objektif PAS adalah untuk membentuk kerajaan perpaduan (UG) yang terdiri daripada Umno dan PAS di Selangor. Elemen kerajaan perpaduan telah muncul dengan cara yang sangat jelas.

“Ia adalah satu langkah strategik. Dengan membentuk kerajaan perpaduan, PAS dan Umno akan menjejaskan kestabilan PR. Selangor adalah sasaran pertama dan seterusnya adalah gabungan PR.”

Ooi berkata lagi, selepas membentangkan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri, PAS akan membentangkan rang undang-undang persendirian di parlimen untuk melaksanakan agenda hudud itu.

Beliau berkata ia merupakan satu strategi partisan yang akan mempolarisasikan bukan Islam.

Beliau juga mengambil kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan mereka boleh mendapat majoriti mudah di Parlimen untuk menyokong rang undang-undang.

“Ini adalah satu ancaman yang jelas kepada orang bukan Islam.

“Terdapat juga panggilan keras oleh aktivis pro-hudud dan badan-badan bukan kerajaan untuk menerima pakai dan menguatkuasakan hudud di seluruh ketika kumpulan ekstremis, ISIS dilihat semakin ke hadapan,” katanya.

Ooi juga mengecam parti komponen BN yang menyuarakan sokongan beramai-ramai Umno Kelantan terhadap rang undang-undang hudud itu.

Beliau mengatakan parti bukan Islam dalam BN, MCA dan Gerakan tidak menyekat Umno daripada berbuat demikian.

“Tidak perlu lakukan ‘wayang Cina’ dengan tindakan undang-undang anda terhadap PAS. Anda adalah rakan utama dalam BN. Tidak dapat anda melakukan sesuatu untuk menghentikan Umno?”

Pada akhir sidang akhbarnya, Ooi mengesahkan apa yang dimaksudkannya dengan menggantungkan hubungan dengan PAS apabila ditanya oleh wartawan dengan menjawab: “.. Ya Kita tidak boleh mempercayai PAS lagi”

“Untuk maju ke hadapan, kita perlu rasa percaya. Jika anda mempunyai seseorang menikam anda di belakang, maka jika ada kawan-kawan seperti itu, anda tidak perlu musuh.”

Semalam, Setiausaha Organiasasi Kebangsaan, Anthony Loke berkata, DAP akan mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan langkah Kelantan PAS membentangkan rang undang-undang hudud.

Beliau mengatakan bahawa kanun keseksaan Islam tidak pernah menjadi sebahagian daripada dasar pakatan itu dan langkah untuk meneruskan pembentangan itu semalam merupakan “pengkhianatan” dalam persepakatan yang dicapai dalam majlis kepimpinan PR.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here