Menipu dalam peperiksaan adalah perkara biasa di Bihar, India.Terdapat banyak gambar yang berjaya ditangkap menunjukkan penipuan secara besar-besaran dan terang-terangan berlaku.

Ramai pelajar  membawa masuk buku teks dan nota ke tempat pemeriksaan walaupun mempunyai pemeriksaan keselamatan yang ketat. Ibu bapa dan rakan-rakan dilihat memanjat dinding tempat peperiksaan untuk menyampaikan jawapan kepada pelajar-pelajar ketika dalam peperiksaan di sekolah menengah.

Peperiksaan telah diadakan oleh BSEB bermula pada hari Selasa dan dijadualkan untuk tamat pada 24 Mac. Pegawai berkata lebih daripada 1.4 juta pelajar mengambil ujian.


Kebanyakan penipuan tahun ini telah dilaporkan berlaku di Saharsa, Chhapra, Vaishali dan daerah Hajipur.

Lelaki yang mengambil gambar-gambar ini di daerah Saharsa berkata, apabila dia masuk ke dalam dewan peperiksaan untuk mengambil gambar, pelajar tidak kelihatan bimbang sama sekali.

Walaupun banyak laporan muncul dalam akhbar tempatan, pihak berkuasa seolah-olah tidak berminat untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap pelajar, katanya.

Dia berkata lagi, dalam satu serbuan di salah satu sekolah pada hari Rabu, pihak berkuasa merampas kertas yang mengandungi jawapan yang diisi dalam plastik.

Hampir 20 ibu bapa telah ditahan kerana cuba membantu anak-anak mereka menipu, tetapi mereka dilelepaskan semula selepas diberi amaran, katanya lagi.

Di sesetengah sekolah seperti di Saran di daerah Chhapra, ibu bapa juga berdepan dengan pihak polis.

Mereka yang menipu akan dihalang daripada mengambil peperiksaan sehingga tiga tahun, mereka juga boleh dikenakan hukuman penjara atau diperintahkan membayar denda, tetapi hukuman dalam kes-kes itu jarang dilaporkan di Bihar.

Pegawai pendidikan mengatakan mereka komited untuk menjalankan pemeriksaan yang bebas, adil dan aman.

Sekurang-kurangnya 400 pelajar yang telah ditangkap menipu telah dibuang.

Kerajaan sahaja tidak boleh hentikan penipuan tanpa bantuan daripada pelajar dan ibu bapa itu sendiri.


“Apa yang boleh kerajaan lakukan untuk menghentikan penipuan jika ibu bapa dan saudara-mara tidak bersedia untuk bekerjasama? Patutkah kerajaan memberi arahan untuk menembak mereka?” memetik kata-kata Menteri Pendidikan Bihar, PK Shahi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here